Tak mengapa, setiap perancangan Allah pasti ada hikmah. Itu memang pasti. Tiap kali tersimpang dari jalan-Nya, aku akan terfikir akan insan yang jauh. Walau acap kali rasa seperti tidak diperlukan aku masih mengharap. Mengharap yang terbaik untuk diriku, dirinya, mereka dan semua. Harapan aku tak pernah putus dan doaku sentiasa untuk mereka. Terkadang insan yang kejauhan ini lah yang mampu mengajar kita untuk bersabar dan rindukan mereka. Buat apalah kita terus marahkan mereka yang jauh. Bukankah memaafkan adalah lebih baik. Buat apa tumbuhkan kudis di hati kalau kita boleh bina taman dalam hati.
Ada orang kata: Tak elok berjauhan. Nanti susah kita nak fahamkan orang.
Ada orang kata: Elok juga berjauhan. Tak banyak dosa yang aku buat nanti.
Ada orang kata: Tak elok berjauhan. Nanti hilang nilai.
Ada orang kata: Elok juga berjauhan. Serahkan je pada yang ESA.
Somehow, aku punya pendapat sendiri. Kadang-kadang lebih elok berjauhan. Dapat kita muhasabah diri. Dapat kita perbaiki diri. Dapat kita dekatkan diri dengan Allah.
Dari segi keluarga: Sesetengahnya bukan mudah untuk mereka berjauhan. Kerana 'bonding' yang kuat. Payah kalau dah berpisah. Ini xkene. Itu xkene. =) Ada sesetengah pula perlu berpisah untung mencari ruang mereka. Walaupun keluarga tetap mahu membawa diri.
Pergaduhan dalam keluarga adalah perkara biasa. Memang lumrah manusia dan tidak boleh dipertikaikan. Dengan keluarga kita akan mengharap yang luar biasa. Dengan kawan-kawan boleh je tutup sebelah mata. Kenapa begitu? Biasalah. Gado ngan kawan memang cari pasal. Gado ngan keluarga seronok =) gado la macam mana pun, merajuk tak berpujuk pun xpe, kene hentam cukup2 pn masih sayang =) Sebab tue kita panggil mereka 'KELUARGA'. Sayang mereka luar biasa. Sangat luar biasa bila kt redha dengan apapun keadaannya.
No comments:
Post a Comment