Saturday, 29 September 2012

HAKIKAT

Perempuan dan wanita yang mempunyai 
Sembilan nafsu dikurnia bersama akal tunggal
Serta sekeping hati yang rapuh paling istimewa.
 Hampir kalah akal tunggalku menuntunnya. 

Wahai ADAM
Segala yang engkau tonjolkan
Hanya akan membawa seribu spekulasi padaku
Berjuta perasaan akan bercmpur bersama nafsu-nafsuku.


Tindakanmu telah menjadikan aku wanita biasa
Kau telah mempermainkan mujahadahku
Walau telah bertutup-litup bersopan-santun
Masih orang persalahkan gender kami keranamu.

Memang kami perhiasan dunia
Tetapi kami bukanlah emas untuk dijual beli
Kami bukan patung untuk diperlekehkan hatinya
Kami bukan insan mundur yang mudah ditunjal.

Kami mahal kerana tiada yang menghargai
Kami sombong kerana maruah kami dipijak
Tatkala kami mula bersuara kau pasti akan menyesal
Saat kami mula bangkit kau pasti akan tertunduk malu.

Jangan kau biarkan maruah kau tercalar kerana satu pemuda
Kerana permikiran kami terhad dek nafsu yang menguasa
Sebaik-baik lelaki pasti menjadikan kami seindah-indah perhiasan
Hakikatnya kami memang perhiasan dunia.
 
 

No comments:

Post a Comment