Ya Allah,
Kau kurniakan
aku air mata yang sentiasa mengalir tanpa sebab yang pasti,
Sekarang aku
menangis kerana aku takut dengan perasaan aku sendiri,
Perasaan aku
bercelaru.. hati aku tak menentu.
Ya Allah,
Kau kurniakan
aku dengan air mata yang mengalir tanpa sedarku,
Air mata yang
mengalir kini adalah air mata kerana takut pintu taubat ku akan tertutup tidak
lama lagi,
Aku takut
andai sudah sampai masa '40 hari' waktu ku.
Ya
Allah,
Sesungguhnya
air mata yang mengalir ini kerana aku cuba menjejaki zat-zatMu,
Semakin aku
mengejar aku terasa jiwa ku semakin kusut,
Aku menjadi
semakin bercelaru..
Aku menjadi
semakin kosong..
Aku takut Ya
Rabbi.
Ya Allah,
Jangan Kau
biarkan aku terkapai-kapai sendirian,
Jangan
biarkan hati ini 'pergi' tanpa sempat bermunajat kepadaMu
Jangan
biarkan ia 'pergi' tanpa sempat aku membuang egoku,
Jangan
biarkan ia 'pergi' tanpa aku sempat memeluk mereka,
Jangan
biarkan sekeping hati yang polos ini 'pergi' tanpa sempat memohon taubat-Mu,
Ya Allah,
Malam ini aku
benar-benar ketakutan,
Aku mahukan
pelukkan,
Kali ini aku
benar-benar takut
Aku mahu
berselubung,
Saat ini aku
benar-benar takut,
Takut untuk 'pergi' kepadaMu.
No comments:
Post a Comment