Sunday, 30 September 2012

Andai aku gagal kali ini..

Dalam dunia nie, Allah telah ciptakan setiap manusia dengan kelebihan masing2.. Kelebihan yang masih ku cari2.. 

Kalau mudah bagi mereka, tidak mudah bagi aku.. Mudah di mata mereka, tidak mudah bagi aku yang menanggung..

Setiap kali aku mudahkan sesuatu perkara, pasti hasilnya tak seberapa.. Tapi niatku hanya satu, aku mahu konsisten.. Acap kali aku terkejer-kejar.. Tidak banyak yang aku perolehi..

Lihat lah apa hasilnya nanti.. Andai aku masih gagal kali ini, aku janji aku tidak akan mudah putus asa.. Aku akan cari jalan yang lain.. Aku akan anggap ini salah-satu cari aku mengenal diri.. Andai perjalanan hidup tidak  panjang, harapnya aku sempat mengenal diri ini, nikmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan..

Saturday, 29 September 2012

HAKIKAT

Perempuan dan wanita yang mempunyai 
Sembilan nafsu dikurnia bersama akal tunggal
Serta sekeping hati yang rapuh paling istimewa.
 Hampir kalah akal tunggalku menuntunnya. 

Wahai ADAM
Segala yang engkau tonjolkan
Hanya akan membawa seribu spekulasi padaku
Berjuta perasaan akan bercmpur bersama nafsu-nafsuku.


Tindakanmu telah menjadikan aku wanita biasa
Kau telah mempermainkan mujahadahku
Walau telah bertutup-litup bersopan-santun
Masih orang persalahkan gender kami keranamu.

Memang kami perhiasan dunia
Tetapi kami bukanlah emas untuk dijual beli
Kami bukan patung untuk diperlekehkan hatinya
Kami bukan insan mundur yang mudah ditunjal.

Kami mahal kerana tiada yang menghargai
Kami sombong kerana maruah kami dipijak
Tatkala kami mula bersuara kau pasti akan menyesal
Saat kami mula bangkit kau pasti akan tertunduk malu.

Jangan kau biarkan maruah kau tercalar kerana satu pemuda
Kerana permikiran kami terhad dek nafsu yang menguasa
Sebaik-baik lelaki pasti menjadikan kami seindah-indah perhiasan
Hakikatnya kami memang perhiasan dunia.
 
 

Monday, 24 September 2012

Jatuh

Sifat kau ada pada dia
Kehendak aku ada pada kau
Kesabaran dia yang aku dambakan
Kesungguhkan kamu mengelirukan aku.

Siap-siaplah aku dengan dugaan akan datang
Langsung tak mengagak apa yang bakal terjadi
Doa yang terbaik datang hampir
Siapkan diri untuk DIA.

Belum masa untuk aku fikirkan
Simpan hasrat sampai hati berdebar
Bila yakin doa ku selama ini terjawab
Aku bersedia untuk masalah yang lebih besar.

Sekarang aku akan terus melangkah.......



Wednesday, 12 September 2012

In Sudden I Thought about Them..

Tak mengapa, setiap perancangan Allah pasti ada hikmah. Itu memang pasti. Tiap kali tersimpang dari jalan-Nya, aku akan terfikir akan insan yang jauh. Walau acap kali rasa seperti tidak diperlukan aku masih mengharap. Mengharap yang terbaik untuk diriku, dirinya, mereka dan semua. Harapan aku tak pernah putus dan doaku sentiasa untuk mereka. Terkadang insan yang kejauhan ini lah yang mampu mengajar kita untuk bersabar dan rindukan mereka. Buat apalah kita terus marahkan mereka yang jauh. Bukankah memaafkan adalah lebih baik. Buat apa tumbuhkan kudis di hati kalau kita boleh bina taman dalam hati. 

Ada orang kata: Tak elok berjauhan. Nanti susah kita nak fahamkan orang.
Ada orang kata: Elok juga berjauhan. Tak banyak dosa yang aku buat nanti.
Ada orang kata: Tak elok berjauhan. Nanti hilang nilai.
Ada orang kata: Elok juga berjauhan. Serahkan je pada yang ESA.

Somehow, aku punya pendapat sendiri. Kadang-kadang lebih elok berjauhan. Dapat kita muhasabah diri. Dapat kita perbaiki diri. Dapat kita dekatkan diri dengan Allah.

Dari segi keluarga: Sesetengahnya bukan mudah untuk mereka berjauhan. Kerana 'bonding' yang kuat. Payah kalau dah berpisah. Ini xkene. Itu xkene. =) Ada sesetengah pula perlu berpisah untung mencari ruang mereka. Walaupun keluarga tetap mahu membawa diri. 

Pergaduhan dalam keluarga adalah perkara biasa. Memang lumrah manusia dan tidak boleh dipertikaikan. Dengan keluarga kita  akan mengharap yang luar biasa. Dengan kawan-kawan boleh je tutup sebelah mata. Kenapa begitu? Biasalah. Gado ngan kawan memang cari pasal. Gado ngan keluarga seronok =) gado la macam mana pun, merajuk tak berpujuk pun xpe, kene hentam cukup2 pn masih sayang =) Sebab tue kita panggil mereka 'KELUARGA'. Sayang mereka luar biasa. Sangat luar biasa bila kt redha dengan apapun keadaannya.





"Terkadang insan yang berada di kejauhan lebih mampu memahami berbanding insan yang dekat tetapi hadirnya seakan ada dalam tiada.."
Credited to .. http://www.facebook.com/nurul.hannalani

Tuesday, 11 September 2012

Polos


Ya Allah,
Kau kurniakan aku air mata yang sentiasa mengalir tanpa sebab yang pasti,
Sekarang aku menangis kerana aku takut dengan perasaan aku sendiri,
Perasaan aku bercelaru.. hati aku tak menentu.

Ya Allah,
Kau kurniakan aku dengan air mata yang mengalir tanpa sedarku,
Air mata yang mengalir kini adalah air mata kerana takut pintu taubat ku akan tertutup tidak lama lagi,
Aku takut andai sudah sampai masa '40 hari' waktu ku.

Ya Allah, 
Sesungguhnya air mata yang mengalir ini kerana aku cuba menjejaki zat-zatMu,
Semakin aku mengejar aku terasa jiwa ku semakin kusut,
Aku menjadi semakin bercelaru..
Aku menjadi semakin kosong..
Aku takut Ya Rabbi.

Ya Allah,
Jangan Kau biarkan aku terkapai-kapai sendirian,
Jangan biarkan hati ini 'pergi' tanpa sempat bermunajat kepadaMu
Jangan biarkan ia 'pergi' tanpa sempat aku membuang egoku,
Jangan biarkan ia 'pergi' tanpa aku sempat memeluk mereka,  
Jangan biarkan sekeping hati yang polos ini 'pergi' tanpa sempat memohon taubat-Mu,

Ya Allah,
Malam ini aku benar-benar ketakutan,
Aku mahukan pelukkan,
Kali ini aku benar-benar takut
Aku mahu berselubung,
Saat ini aku benar-benar takut,
Takut untuk 'pergi' kepadaMu.

Acap kali aku 'bertapi-tapi'

Bukan mudah untuk seorang perempuan keluar dari kepompong
Apatah lagi dengan hanya membekalkan iman yang goyah
Bukan hilang semangat yang harus dipersoalkan
Tetapi..

Perginya aku sampai ke awan
Angan-angan tinggi menggunung
Harapan palsu menjadi sandaran suatu masa dahulu
Tetapi..

Diam mendengar perbualan mereka
Mengharap hidup ini terpelihara bersama mereka
Mudah bagi mereka kenapa tidak bagi aku
Tetapi..

Bukan ini yang aku pinta
Tetapi dengan masalah ini aku menjadi matang
Bukan ini yang aku sematkan di hujung doa
Tetapi dengan masalah ini aku ingat pada-Nya
Bukan ini yang aku dambakan
Tetapi dengan masalah ini aku mampu menjadi lebih baik
Walau acap kali aku bertapi-tapi.

**sayang kau sayang semua**

Monday, 10 September 2012

One of My Best Memories


              
               Daus, rai, tka, wa, syam, razi. Kami disambut sebagai mantan MT Kelab Pengguna
                                                                           so Sweet =)                                                                                     I thought this is one of the surprise they made for our junior a.k.a our secreatary club. Happened on her birthday.

Rai yang terbaik bila tiba masa untuk handle makanan waktu program.. caya la.. den suko =) thumbs up..


Exchange gift with my junior a.k.a our honorary treasurer.. When he look at our picture, he told me that i had to 'jengket' a little bit because im short. Haha.. kurang asam punyer junior..
Another surprise another cake for ain!! Ain is in the middle diapit with me and aisyah a.k.a vice president of the club



Our mantan MT and also mantan MPP (honorary treasurer). The spontaneous guy in the house =)
Wan. The soft hearted, gentleman and also come with a good-nature =) Keep it up org Melaka oii..




How can i think to bought this pants =) Mula nak beli yang nice.. But suddently i saw this green thing.. Haha apa lagi mula la niat nak bernakal-nakalan sedikit to create a memory la katakan.. Tiba masa utk den tukar hadiah, mula timbul perasaan malu.. Macam mana kalau lelaki yang dapat.. Oh, xputus2 aku doa supaya ain yang dapat seluar nie.. Haha, guess what.. Allah dengar rintihan aku =) aku undi no dia.. so, hapie birthday la ain =)


This pamper boy a.k.a our PRESIDENT! haha, so sweet.. Tak bleh lupa keletah dia.. Sakit jiwa kalo den dah start melayan.. BTW, like his attitude.. 






**p/s: Gamba sape yang x di upload lg jgn berkecil hati.. Nnt ad masa akan di update k =)

Sunday, 9 September 2012

Sampai Siang

Kekuatan aku makin tipis tiap hari..
Kelemahan aku semakin terserlah tiap hari..
Lupa bicara sesaat lepas..
Tersingkap rasa sesal bila aku tak mampu berdiri sendiri..

Aku semacam gagal mengkoordinasi diri..
Aku selangkah berjaya..
Tapi tersungkur sejengkal cuma..
Terpana aku dengan masa depan yang makin menjauhi aku..

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Bertapa lemah diri ku ini
Berat ujian dari Mu
Ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat ini
Tak pandai aku bersyukur
Kini aku harapkan cinta Mu

Kata-kata cinta terucap indah 
Mengalir berzikir di kidung do'a ku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosa ku

Butir-butir cinta air mata ku
Teringat semua yang Kau berikan untuk ku  
Ampuni khilaf dan salah 
selama ini Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Kata-kata cinta terucap indah 
Mengalir berzikir di kidung do'a ku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosa ku

Butir-butir cinta air mata ku
Teringat semua yang Kau berikan untuk ku  
Ampuni khilaf dan salah 
Selama ini Ya Illahi
Muhasabah cintaku



**Credited to edCoustic

Friday, 7 September 2012

Maafkan aku..

Hari ini, aku sedar dalam aku bercerita dengan orang aku telah mengaibkan ramai manusia.. 

Cuma aku xdapat membezakan antara luahan perasaan dengan mengumpat..

Selepas nie antara jalan terbaik adalah dengan mendiamkan diri.. 

Kerana dikuatiri akan terjatuh hukum lain.. 

Sesungguhnya aku hanya manusia biasa.. 

Aku masih gagal mengawal amarah aku.. 

Aku masih gagal mangatur cara hidup yang sempurna.. 

Aku banyak kali terlajak dari landasan yang sebenar.. 

Masih banyak yang aku perlu belajar kerana aku bukan dilahirkan dengan ilmu agama yang sempurna.. 

Sesungguhnya kita sebagai manusia perlu banyak belajar..

Monday, 3 September 2012

So, i'm done breaking the habits..


Kata KAWAN: bukan mustahil nak berubah..
 
Kata AKU : tapi bukan semua dapat hidayah dari-Nya..

Kata KAWAN: tapi bukan mustahil juga kalau kita nak, bukan..

Kata AKU: bukan senang nak berubah..

Kata KAWAN: biarlah dia fikirkan yang terbaik untuknya..

Kata AKU: kenapa dia macam itu..

Kata KAWAN:  tak apa.. Allah kan ada.. Alhamdullilah kita sudah..


I remember those walls i built..

Sudah terlalu banyak 'tembok' yang aku dirikan dalam diri
Ada yang kerana ego ntah apa-apa
Sanggup aku 'band' sesuatu yang mulia pada suatu masa dulu
Semua kerana ego dan kebodohan.

Kerana 'sahabat' yang tidak menjanjikan apa-apa
Aku runtuhkan segala pendirian aku
Hilang segala apa yang aku pertahankan selama ini
Musnah iman paling aku sesal hingga kini.

Percayalah
Mustahil untuk kita pulang ke masa lalu
Sekalipun untuk kita bermimpi tentang masa lalu
Jangan jadi dungu kerana menyesal hal lalu tanpa mengubahnya.