Janganlah kita rasa payah dengan apa yang berlaku dalam hidup kita.
Setiap kesusahan yang Allah beri adalah ujian.
Itu tandanya Allah sayang.
Dia sedang menguji tahap keimanan kita.
Kelak dia akan kurniakan keikhlasan, kemanisan, keseronokan dan apa jua nikmat yang mungkin tidak terlintas dalam diri kita.
Jika kita mahu berubah.
Berubah lah sedikit demi sedikit.
Berubah lah mengikut kemampuan diri.
Berubah lah kerana Allah.
Berubah lah kerana Islam.
Kita bukan mengejar masa dalam berubah.
Kita perlu konsisten dalam bermujahadah.
Kita bukan malaikat atau nabi yang punya mujizat bermacam.
Kita cuma manusia yang sentiasa leka tatkala digoda syaitan.
Istighfar lah kerana kita hanya manusia.
Istihgfar lah kerana kita hanya manusia.
Istighfar lah kerana kita hanya manusia.
Basahkan lah bibir mu sayang..