Ada yang sedang melihat kekasih hati
Tak sedar dirinya diperhati.
Ada yang melintas jalan
Tidak pula mahu mengintai kiri dan kanan.
Ada yang sudi memberi kerudung
Siapa tahu kalau hatinya sedang murung.
Ada yang berpeluh sakan mengejar masa
Lupa yang kita patut patuh ketika menuju yang Esa.
Ada yang memuji indahnya luar dan dalam
Tetapi tetap menjadi rahsia apa yang dipendam.
Aku tidak berganjak menjadi pemerhati tegar
Aku sentiasa di sini andai saja mereka sedar.
No comments:
Post a Comment