Thursday, 6 June 2013

Kalendar Diari Ku

Semalam aku buka semula buku berkisah silamku
Banyak yang telah berlalu tanpa sedar
Bukan tidak mahu mengenang sejarah
Tetapi dengan cara itu aku belajar untuk memaafkan
Bukan aku tidak mahu ingat yang gembira itu
Tetapi gembira aku itu cuma fantasi belaka
Mencipta kisah kasih sendiri dalam khayalan
Kerana telah engkau musnahkan gembira ku yang sedikit itu
Jika engkau dengar khabar tentang ku 
Jika engkau melihat kisah ku kini
Jangan minta untuk aku berpaling
Sekarang aku sedang dan masih berjuang
Untuk menerima dan menelan semua silam ku
Dan sekarang aku sudah mahu menerimanya
Aku sudah mahu mengharunginya
Semua ini kerana aku dambakan rahmat-Nya.

No comments:

Post a Comment