Hati semakin semak
Semak dengan bisikan syaitan laknatullah
Menunjal-nunjal nurani aku dengan semburan berapi.
Mahu saja aku ambil garfu bawah meja
Cucuk iPad kakak aku sampai berlubang- lubang
Baru puas rasanya hati.
Kenapa aku biasa-biasa dengan ajakan agama?
Mungkin syaitan sudah berbaris
Mahu lanyak aku dari depan-belakang, kiri-kanan, atas-bawah.
Makin semak dah jadi lemas.
Macam mana mahu mengadap Allah bila sudah kalah dengan musuh Islam?
Mahu kata apa kalau mulut sudah terkunci.
Mahu merengek-rengek hentak-hentak kaki
Ingat boleh kembali semula?
Dunia pun belum tentu mahu terima
Bila kita dengan tanah sudah sebati.