Monday, 3 December 2012

Percayalah..


Pada waktu lalu aku telah dipertemukan dengan sahabat yang sering berkata belakang,
Aku juga mengetahui bahawa aku telah 'dikata-kata' oleh mereka,
Kini aku meningkat dewasa aku teringat akan perkara ini dan aku mengucap apakah aku seperti mereka?
Aku maafkan mereka tapi adakah mereka memaafkan aku?

Pada waktu lalu aku telah dipertemukan dengan sahabat yang sangat memahamiku,
Aku anggap dialah sahabat yang terbaik, penyabar, penyayang dan penuh riang,
Kini aku telah kehilangannya kerana kekurangan diri dan ego aku kira,
Aku harap dia sentiasa sediakan ruang untukku walaupn hanya di hujung doa.

Pada waktu lalu aku telah dipertemukan dengan sahabat berlainan gender pula,
Aku sangka dia akan berubah menjadi lebih baik dengan bunga-bunga persahabatan kami,
Kini aku sedar bukan mudah untuk merubah seseorang tanpa mahunya,
Aku melangkah kaki bukan kerana aku kecewa tapi kerana dirinya membuangku.

Pada usia mahasiswa aku mengharungi hidup yang penuh dengan godaan,
Aku terkadang hanyut dengan keseronokan dan kebebasan yang tak menjanjikan apa-apa,
Kini aku sedar dunia terlampau luas dan aku semakin tenggelam ditunjal ke dalam,
Aku sesak dengan tindakan sendiri, bimbang tak terbimbing, risau mati tak berteman.

Kalau mampu aku ulang masa lalu bukan keseronokan seperti itu yang akan aku cari,
Aku hanya terdaya untuk memutar dan memutar jarum jam-aku putar semahunya,
Aku putar sehingga aku mati akal kerana terus mengharap dengan perkara yang mustahil,
Tetapi bumi terus berputar dan beredar meninggalkan aku bersama masa hayalanku.