Entry nie ak sje follow junior den=p
Insyallah kalau aku tak sangkut kat mana-mana subjek kire aku dah seminggu genap habis belajar.
Aku seorang pelajar yang gagal menghadapi tekanan belajar di matrikulasi. Bukan seorang yang LOSER. Tapi aku pergi setelah mencuba. Hati aku berat nak teruskan. Mungkin tiada jiwa. Apa-apapun aku tabik dengan hidup aku di sana. Dikelilingi sahabat yang hebat-hebat. Baik-baik belaka. Ada yang tegur lembut. Ada yang wat 'Direct Selling' smpai aku terkulat-kulat dek di teguran seperti peluru terbang dengan kelajuan 200 km/h. Tetapi dengan teguran itu aku beringat-ingat sampai sekarang. Teguran yang aku kira langkah pertama aku untuk BERUBAH. Aku mulakan dengan 'Baby Steps' melangkah ke UiTM.
Sem 1
Semester yang paling mudah bagiku. Sekurang-kurangnya aku berjaya tingkatkan 3 kali ganda pointer berbanding di matrix. Huhu.. Tapi masih belum rezeki. Bukan 'dean' yang aku rangkul. Alhamdullilah juga=)
Zaman flirting aku! Mak aii. Macam-macam orang aku jumpa. Ak tobat dah skung..Fuhh..
Rasenyer nie lah sem terakhir family aku datang bawa kek hari jadi dah smbut aku di tengah-tengah kerumun manusia. Selepas tue, kakak sulung aku cakap,'nie last akak datang tempat jin bertendang nie,ok'. Haha.. Apalah.. Punya la aku sayang tempat 2.. Nyaman dia jangan pertikaikan. Dengan kabus pagi, sejuk nyaman macam Cameron Highlands. Tempat blaja yang cuma 1 fakulti. Kolej keliling. Xde McD, xde panggung. Pokoknya, sem 1 nie banyak mengejutkan aku. Kebanyakkannya di luar jangkaan.
Sem 2
Dah besar skit. Dah ada adik junior yang ak langsung xrse aku kakak untuk diaorg. huhu.. Sebab aku takot-takot lagi. Aku rase batch 1st 'senior' sgt. Housemate aku nampak matang compare ngan batch aku. Aku panggil 'kak' yang xtahan. Sebaya je pn.. :)
Yang aku ingat, aku penah sewa kereta. Sebab nak jalan-jalan punye pasal. (kalo omak den bce nie, memang kantoi aku seumur idop). Nak tambahkan perisa dalam cerita, aku sudah bergesel ngan 1 kereta baru keluaran M'sia. Haha. Menangis la aku kat situ. Start la lakonan aku, pakwe kawan jadi abang ak. kol abang konon nak mintak settle ngan pakcik.Tp xmenjadi pn pasal aku mmg xpandai blakon. Memang sah la aku kne hentam, nak tambah lg, purse ak br sehari hilang. Makan pun pinjam kawan. Apa sadis sangat hidup den masa 2. Pakcik 2 ingat aku main-mainkan dia. 'Mmg den xde duet. Nak bayo pki ap kat pakcik. Mcm nie la pakcik, nie student card sy.. Sy memang student UiTM. Nie no sy. Kalo sy lari pakcik tau nak cri kat mne'. Paling aku touching, ada apek yang sabarkan pakcik nie. Siap dia ckp, 'Ala, bulan2 puasa nie.. ap lu mau bising2. Apa lu takot sama ini budaq maa. Dia xkan lari punya'. Serious, aku terharu. Baik betol apek tue.
Aku cakap ngan pakcik, kalo ad kne bayar pape lepas raya ea pakcik. Kad bank pn xde. Kalo ap pn dalam bank ak kering. Haha.. Lepas raya pakcik 2 xcontact aku. Apakah pakcik... Macam-macam bersoalan bermain dalan kepala aku sampai sekarang. Hurm..
Sem 3
Sem ini, aku dah start menyewa. Semangat btol bila dapat hidup gaya orang bujang. Ada la blaja satu dua lauk tok masak2 nanti. Mak bagi aku satria. Fuhh, kene btol ngan jiwa muda aku. Haha. Suke aku bukan kepalang. Opkos depan parents aku sopan:)
Sem nie aku kenal ngan sowang kawan. Sebijik nama mak aku. Sopan, baik, lembut, caring. Banyak sangat kalau aku nak describe pasal dia. Sumernyer yang baik2 belaka. Banyak yang aku belajar dari dia. Kesusahan hidup menjadikan dia lain dari yang lain. Dekan tiap-tiap sem. Pandai jaga diri. Skit pn xterpengaruh dengan perangai gila-gila kami masa tue. Hebat!
Dalam banyak-banyak sem, sem nie antara sem yang paling aku sayang bila aku fikir pasal kawan2 =(
Sem 4
Huh, bukan senang rupanya berhadapan dengan ragam manusia. Terlalu susah bila hati mula memberontak. Bila jiwa aku dah mula meragam. Mula la dendam orang. Tapi aku cepat sejuk. Its okey. Kowang tetap kawan yang aku akan sayang sampai bile-bile. Kowang memang hebaq!
Masa nie la aku galak dengar lagu BI dek pengaruh rakan sebaya. Keluar makan-makan sbb malas masak. Huh, apo nak jadi la ngan den. Br aku tau wujudnya 'nasi bujang'. Tp blaja aku xtinggal. Still on the top list. Yeahh..
Sem nie banyak dan terlampau banyak memori yang akan tetap jadi rahsia.. Maksud aku bukan untuk menjadi tontonan awam.
Masa nie la aku galak dengar lagu BI dek pengaruh rakan sebaya. Keluar makan-makan sbb malas masak. Huh, apo nak jadi la ngan den. Br aku tau wujudnya 'nasi bujang'. Tp blaja aku xtinggal. Still on the top list. Yeahh..
Sem nie banyak dan terlampau banyak memori yang akan tetap jadi rahsia.. Maksud aku bukan untuk menjadi tontonan awam.
Sem 5
Arghh, xsabar nak cerita part nie! haha. AWESOME!! Aku dilamar.. yahoo.. Dilamar untuk jadi setiausaha 1 program yang gah.. =) Kalau aku duduk bercerita dengan junior, cerita pasal program nie aku xpenah lupa. Sebelum program aku relax, masa program aku gila, lepas program aku sasau kejar lecturer yang marahkan aku. Haha. Aku menangis, marah, sedih.. Memang pathetic btol hidup masa 2. Mula la nak paranoid bukan2. Pengalaman paling berharga sepanjang aku di UiTM. Nie baru aku kata pengalaman mematangkan kita, beb. Pengalaman macam nie mane dapat dalam buku. Mungkin ada la skit dalam kos pengurusan majlis tp bagi aku cukup-cukup mahal.
Sebab program nie la, aku mengenali diri sendiri. Aku tahu cara dan gaya belajar yang patut aku amalkan. Cara untuk menpertahankan pendapat aku. Cara aku bergaul. Uish, berharga sangat2 la. Dengan kawan2 yang hebat, junior2 yang terbaik. Terharunya :'(
Sebab program nie la, aku mengenali diri sendiri. Aku tahu cara dan gaya belajar yang patut aku amalkan. Cara untuk menpertahankan pendapat aku. Cara aku bergaul. Uish, berharga sangat2 la. Dengan kawan2 yang hebat, junior2 yang terbaik. Terharunya :'(
Sem 6
Harapannyer, tamat lah pengajian aku untuk semester nie. Bukan senang nak habiskan 3 tahun dengan semangat yang kejap turun kejap naik. Semester nie, aku banyak jauhkan diri. Bukan bawa hati.. Muhasabah diri cuma. Apa yang aku dapat, aku mudah menerima kekurangan orang lain, aku belajar menghargai sahabat yang jauh, yang dekan makin aku sayang.
-------> Dalam kehidupan kitan yang tidak sempurna ini, aku pasti dengan kemampuan kita menerima kekurangan seorang sahabat, pasti menjadi kelebihan untuk diri sendiri. Kemampuan kita memaafkan orang lain pasti akan menjadikan kita lebih tenang. Kemampuan kita menyayangi orang sekeliling akan menjadikan diri kita mudah disayangi...