Friday, 31 August 2012

Hari Terakhir Seorang Sahabat

Seorang lagi pergi meninggalkan kami untuk mengadap Illahi..
Bukanlah kenalan rapat aku.. Sekadar teman.. Tidak pernah menegur.. Rupanya teman aku di FB juga.. 
Innalillah.. Dari apa yang aku baca di 'wall' dia, arwah seorang yang baik dan disayangi rakan-rakan.. Jenazah arwah juga dimandikan oleh sahabat-sahabat.. Alhamdullilah, punya kawan yang sebegitu.. Luluh hati aku baca post kawan-kawan dia.. Tak tahan pilu bila terbaca post dia lebih kurang sebulan yang lepas, arwah telah melamar seseorang untuk dijadikan isteri..

"9 Julai 2012 -Alhamdulillah.tarikh yg sgt bermakne sbb arinie aku g melamar sorg gadis utk dijadikan sbg permaisuri hidupku.CINTA SELEPAS NIKAH!:D"

Subhanallah.. Aku terkedu dengan keiklasan arwah dan aku bersimpati dengan tunangnya.. Bukan itu sahaja, tunangnya juga dirahsiakan identiti.. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. 

**Alangkah indahnya jika kita 'pergi' dengan amalan yang cukup.. Cuba fikir bagaimana keadaan kita di alam  barzakh.. Xkan tercapai akal kita kowt.. Sebab itulah dari sekarang kita kena berusaha untuk jadi yang terbaik.. Take ur baby steps.. But don't forget to istoqamah, my dear.. Sebab dugaan tidak akan putus-putus menerpa sepanjang selagi kita berniat baik.. Syaitan adalah musuh utama dalam mujahadah kita.. Kuatkan semangat k.. =) 

Monday, 27 August 2012

Hipokrit

Nak simpan macam mana lagi.. Bukan kita xtahu keadaan sebenar.. Tapi HIPOKRIT kita cuma untuk menjaga hati orang.. Xgitu? Hurmmm.. Itu cuma kata kita, kata orang pula.. Sesetengah orang akan faham.. Tapi kita xboleh la nak memaksakan mereka faham..

Aku nak buat kesimpulan setelah apa yang terjadi di depan mata aku.. Ini cerita aku-----

Bukan mudah kita nak menjaga hati orang.. Terutama sekali keluarga.. Sebab keluarga adalah ikatan yang paling rapat dengan kita.. Setuju atau tidak itulah hakikatnya.. Semakin rapat kita dengan seseorang semakin sensitif kita akan jadi.. Sebab tanpa kita sedar akan akan mengharapkan perhatian yang lebih daripada mereka.. Sampai kita terlupa harapan mereka pula.. Mana datang keadilannya?

Bukan mudah juga untuk kita menjaga hati kawan terutama kepada mereka yang terlalu menghargai sahabatnya.. Bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak.. Bak kata kaunselor aku, hidup ini bukan sekadar memberi atau menerima tetapi perlu seimbang antara memberi dan menerima.. Betul, aku bersetuju.. Bagi aku, orang yang terlalu memberi seolah-olah mereka tidak berlaku adil pada diri mereka sendiri.. Mereka seharusnya mengutamakan diri dalam bab beribadah, dan tidak mementingkan diri dalam bab kebajikan.. Perlu ada keutamaan diri dalam mengutamakan orang lain..

Bukan mudah juga untuk kita berkatakan 'Tidak' bagi mereka-mereka ini.. Mana tidaknya, sudah kebiasaan untuk menjaga hati orang.. Betul tindakan kita untuk menjaga hati dan perasaan sesama kita.. Tapi Janganlah sampai memakan diri.. Cuba katakan 'Tidak' pada perkara-perkara kecil dahulu.. Cubalah dengan nada yang lembut.. Berhemah gitu =)

Kadang-kadang hipokrit  perlu, tapi jangan melampau sampai orang meluat.. Cukuplah sekadar  untuk menjaga hati orang.. Apa yang perlu ditegur, kita tegur cara baik..

Ketuk-Ketuk Hati



Hari ini kau insaf..
Berjanji segala bagai pada diri..
Konon esok hidup dengan azam baru..
Muhasabah diri sebelum tidur...

Lagi sekali kau lupa diri..
Alunan tangisan semalam sudah tidak senada..
Lagu seakan hilang melodi..
Hati kau macam API!

Setan sudah lama melompat melonjak..
Kau masih tak sedar..
Setan sudah bertepuk bertampar
Kau masih carutkan diri sendiri..

Bangkitlah..
Bergerak seiring niat..
Bangunlah lihat cermin..
Lihat bertapa hodoh kau tanpa SUBUH...



Monday, 13 August 2012

Terluka

Pilihan Hati kita tidak semestinya tepat
Ada kalanya kita semacam tidak bersyukur dengan ketentuan
Takut dipilih ini, itu terluka
takut pilih yang sana, yang sini kecewa.

Tetapi bukan kuasa kita untuk bahagiakan semua
Bukan kehendak kita juga untuk mengecewakan mereka
Apakan daya kita sudah mencuba
Salah kitakah apabila segelintir cuma yang mengerti?



 

Tuesday, 7 August 2012

Limitation

Bukan aku tewas dalam perjuangan
Tapi mereka yang melihat seakan-akan aku tiada perubahan
Perubahan aku yang sedikit ini seakan diperlekeh

Yang payah aku sendiri yang rasa
Yang susah aku sendiri yang menangung
Yang pahitpun aku sendiri yang telan

 Mereka-mereka yang pandai
Pandai mengambil kesempatan atas kelalaian aku
Bukan menegur
Bukan mengigat

Sudahnya aku yang nampak lemah
Apadahal....

Monday, 6 August 2012

sahabat =)

Di sini banyak penyesalan menyelubungi diri,
Di sana hilang peringatan lalu..

'Allah temukan aku dengan pelbagai ragam manusia untuk aku berfikir',
Ayat cliche sgt..

Tp jauh di lubuk hati,
Benar..

Andai aku masih di takuk yang sama,
'Aku' masih 'aku'..

Sekarang aku punya hati yang baru,
Walau sering jatuh, ada kalanya terus terduduk..

Harapan Allah terus pertemukan aku dengan sahabat sepertinya,
Untuk aku terus mujahadah kepada-Nya..
*atikah nasir*